Wednesday 19 November 2014

Happy Beday Abah..

Hepi bedei to yuuuuu
Hepi bedei to abahhhh
Hepi bedeiii to yuuuuu..

19 November 2014..    aku selalu x ingt berapa umur abah.. Umur umi..  Cuma ingt tarikh lahir je..

Pecaya atau x, kdg2 bila org tnya umo aku sndri , aku cm blurrr jap..

"Eh, umo bape ye?
" 23 ke 24?

Hihihi..Mmg di akui spesies pelupa lau bab2 kira mengira ni..

Tp lau bab hati perasaan, bab duit, bab lain, mmg aku jenis kuat ingatan..hihi..Malu mak nokkkss!!!

Okelah, berbalik pd abah, pepagi adik aku msg,
"Weh, bday papa u arini"

"Ok, tq jibeks"..

So, after setel sume pekerjaanku, after mgrib i olllsss call my dad..

"Abah g mkn mane" ?
"Bli kek dop" ?
See,  sopan & berbudi bahasa kn aku...hihi..

Then cm bese lah,

" abah x mkn kek2 ni, budak2 je mkn kek.. Org xsmbut arijadi, ingat hari mati je lah tua2 dah ni"..

Dushhhhhh, mantap kn jawapan my dad..Kau hadooo...hihi

Ok, selamat ari lahir abah.. I always labiuuuu..

Tuesday 28 October 2014

Merancang Kewangan..




Assalamulaikum wbt...


Simpan, jimat + jana duit 21 hari

Best kan bunyinya..ACtually, tips ni aku jumpe dlm blog Irfan khairi, perancang kewangan tersohor tu.. Then aku cuba apply dlm hidup. 
Mmg tiap2 bln kita ada salary, tp klau x pndai manage, x merasa jugalah gaji tu kn.. Asyik licin byr hutang je..
J0M KITA PREKTIS  

1: Jejak segala perbelanjaan anda

Tidak kira perbelanjaan besar atau kecil, catitkannya dan jejak wang keluar dari poket atau bank anda. Aku amalkan tlis dlm 1 buku nota, even bli kangkung singgit pun tlis.. Ckup seminggu, t0talkan jumlah perbelanjaan.. So, dari situ kita akan tau adakah kita bnyk membazir atau x.. 

 2: Simpanan secara automatik
Lakukan simpanan secara automatik. After gaji, trus asingkan simpanan bulanan korang dlm satu akaun bank.. Better simpan dlm Tabung haji / ASB.Aku prefer TH sbb aku yakin dgn sstem dye n dividen yg kita dpt tu after potong zakat..See, u get da suci murni dividen.

 3: Laburkan wang simpanan
Klau malas nk menyimpan di bank, aku syorkan korg bli emas atau tanah.. Harta yg xnampak, tp merupakan aset pelaburan yg sgt berbaloi2. Tu pndapt akulah..

 4: Simpan wang untuk kecemasan
Org kata malang tak berbau kan.. Beringat sblm kena, Jgn dah terhantuk baru nak tergadah..
Tak perlu banyak, mcm aku, 200 sebulan adalah " emergency saving". MMg x usik, kdg2 bkn kita sakit, tp myb ahli keluarga yg sakit. So, mmg sgt m'bantu tyme memerlukan. 

 5: Rancang perbelanjaan anda
setiap bulan , pastikan kita tulis perjalanan kewangan kita..
contoh : LOAN 400
PARENTS : 400
BIL & SEWA RUMAH : 400
KAWEN : 500
EMERGENCY : 200
  so, kita nmpk mane flow duit kita n kita akan rasa seolah2 kehabisan duit.. Sedangkan duit tu ada, cuma kita dah asingkan awal2.Tu adalah tips yg pling sukses.. 
 6: Hentikan penggunaan kad kredit
Pd pndapat aku, penggunaan kad kredit sgt2 menyumbnag pd kehidupan yg penuh hutang & boros. Sbbnya, kita akan t'dorong tuk m'beli walaupun  poket kering sbb ad pihak lain yg byarkan.Hakikatnya, kita dah  + hutang dgn bank lak..

7: Tawar menawar
 Dgr cm kedekut je, tp haruslah.. Cam aku, slgi xdpt hrga yg aku nak, mmg tak beli..Tp sjak kerja n ada income sndri, tabiat tu dah mula terhakis.. Aku kdg2 x kisah n main rembat je..N pastu aku gak yg duk nyesal sbb beli ngn hrga yg agak mahal compare ngn tmpt lain.

8: Cari jualan istimewa
Ni adalah habit aku.. Beli tyme sale n bli secara pukal tuk stok 2-3 bulan.Tu lebih murah n jimat. sbgai cntoh, shower, losyen, syampu n mostly brg keperluan peribadi aku memenuhi laci almari. Semuanya tuk stok berbulan2. 


9: Belajar cara menjana pendapatan sampingan

Bgi yg minat meniaga,  better sgt2 buat bisnes on9 / ape2 bisnens yg blh support korang punya daily expenses.. At east, kita x m'harapkan gaji 100% kn??


and most important bagi aku ialah:
JANGAN LUPA BAGI PADA MAK AYAH SETIAP BULAN.
MASUKKAN DALAM BAJET BULANAN. Berilah mengikut kemampuan kita, yg pnting ingatan & keikhlasan kita. Berjuta duit yg kita bg pun, x terbalas budi & jasa mak ayah.. I heart u m0m & dad..
ZAKAT & BERSEDEKAH lah. 
ingat, pada rezeki kita, Pasti ada rezeki org lain jugak..
Insya ALLAH... 


Mana Melayu Tak Lemah..

Assalamualaikum wbt..


Terkesan aku  saat membaca sajak dari saterwan negara, A.samad Said..Ayat simple, tp cukup bermakna..



Mana tak Melayu lemah


Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
 
Pukul siki siaplah kes mahkamah
Beli buku tak mampu 
Hand phone pintar dlm saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
Dapat bantuan aku dulu
 
Aku pelangan
Aku raja
Naik kepala
Cikgu ajar patut patut
 
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
 
Cikgu takut bangsa semput
Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta juta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.
 
Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Keedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman
Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hai Melayu!


rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa

orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....

Friday 24 October 2014

Muharam Datang Lagi..

Assalamualaikum wbt..

Syukur, hari ni blh lgi mkn tembikai susu smbil update blog.  Nikmat masa lapang, nikmat rezeki & nikmat kesihatan yg Allah bg. Alhamdulilah..


MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).



AMALAN-AMALAN SUNAT

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
 
  • Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
 
  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  • Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  • Sembahyang sunat empat rakaat. 




DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .







Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 


 

The Memorable Depavali..

Assalamualaikum wbt..

   Bersempena Depavali , Happy Divali to those who celebrate..XOXO..


 Of k0s, Divali ni adalah da most memorable Divali tuk aku..Why?

- sekolah aku tak amek cuti,  tp mostly skolah lain amek.. Jadi bertapalah dlm kebun sawit ni sengsorang.

Nak dijadikan cerita, last minit tetiba skolah aku amek lak cuti, ..

Apalagi, aku pun kalut ribut call abah, gtau nk balik.

 D: xyah la blik lau naik kete sorg2..Lau ngn bas xpe..
me:   abahhhhh!! mane la ade tiket bas dah.. ( sebak sengsorang)
D: lg 3 mggu kn cuti skolah, blik cuti 6t je la..blh save duit.Nanti abah kirim buah rambai..
( rambai is my fevret. Kupas kulit, then makan colek).
me: hurmmmmm, sokkey lah.


Sayang semuanya ,sudah terlambat...... Tiket bas balik jerteh licin, tiket flight licin. 

Cuba bayangkan, rabu, kames, jumaat & sabtu cuti.. Tp aku xlh balik,  Sobs2.. 

Khamis, daddy kol:

D: hello, g raya mana depavali?
me: x g mane2.. duk rumah je..
D: X makan maruku kerr? Abah jap lg nk g rumah tok ni..
me: x kisah pun...saje  la tu..huh 

 but, i know abah saje nk cek whether aku ok / x..

Thanx daddy..I heart u 

  




Sunday 19 October 2014

Tips Buat Kaki Spa

Assalamualaikum wbt...

Masing2 ad hobi tersendiri kan.. Same goes wif me. Bagi kaki Spa, of course lah mencari spa yang benar2 menepati citarasa tu agak susah.

Ada yang nmpak exclusif, tp servis cuma suam2 kuku.
Ada yg bnyk choice, tp harga pulak mahal..

Mcm aku sndri, after 4 buah spa, Bru jmpe spa yg betul2 menepati citarasa. Harga sgt aff0rdable, servis tiptop 7 pakej yg sgt felxibel. ITS DHIA ANGGUN & BEAUTY SPA.

Kali pertama, amek pakej Full SPA, RM250 ad 6 rawatan. 
-SAUNA
-FOOT SPA
- AR0MATHERAPY MASSAGE
-B0DY SCRUB
-B0DY MASKER
- MANDI SUSU

Tp aku ngan muka x malu trus nagotiate ngn 0wner spa, tukar  
sauna = hair spa
aromatherapy massage = bekam
mandi susu= facial collagen 
  

mandi susu- ihsan mr gugelinggam
 Aku mandi punyalah lama, syg 0i nk mandi jap..byr mahal..
Jadi haruslah menikmati saat2 berharga ni btul2. 

foot spa- ihsan mr gugelinggam
 Sgt syok ad 0rg bersihkan kaki, urut n buang kutikel2 mati.. 

bekam -ihsan mr gugelinggam

Bekam axcelli tak sakit pun,.. After bekam, bdn sgt ringan n cergas.. Lagipun bekam tu sndri sunnah Rasul Kn?? why not u try??


tips aku tuk sape yg nk try2 usha SPA:

-Survey n bandingkan hrga.. ( bkn pasar je kne c0mpare nk cantik, tp haruslah aff0rdable kn?)

- Tnya pr0duk ape yg dy0rg guna tuk facial n b0dy, jgn main rembat..Sbb yg menanggung adalah u0r b0dy.

- Pilih 0wner n pekerja yg Muslim.. i care sbb kita even nk cntik, nk rest, tp batas aurat ttp kne jaga kn??

- Try nagotiate pakej n harga. Sbb certain spa ad hidden charge tau.
 
-   Bersih & tenang. If mse survey, tgk spa tu k0t0r, trus blacklist tau,...F0R ME, CLEANLINESS IS A MUST!


Paling best pasal Dhia Spa ni, 0nce u amek pakej yg 200 ke atas, u akan dpt free v0ucher yang blh diguna pd next app0inment. See, untung kan..

cant wait for da next appoinment!!

p/s: jaga badan dari muda lgi, bukan masa nk kawen saje 0k!!!




Friday 9 May 2014

AKU H0MESICK!!!

Minggu pertama  aku di Mersing, penuh dengan drama airmata. Jiwa bagai di r0bek2, waduh2, rbaru ku tau apa ertinya H0MESICK. Patot la selama ni akdik aku yang tingkatan 1 tiap2 minggu terjumpa hantu la, demam la, sakit kepala la, jatuh dalam jamban la.. Rupanya itulah tipu muslihat supaya tiap2 minggu ley balik umah.. Hampagas lu Imtiaz, emang lu pikir gua enggak tau????

Minggu kedua, bermula dari satu, aku mula pening2 lalat.. after subuh, kepala mula pening. Sakitnya sendi2 beta hanya ALLAH yang tahu. Nak berdiri pun x larat. Udahnya gua sendirian aja di rumah, h0usemate udah pulang ke kampung sih!!!

Bila petang, aku makin lemah, gigil2. xblh nak bangun langsung. Selera makan terputus.. Makan panad0l, tp x de efek. Ahad aku x gi sk0lah. Nak semayang pun terketar2, apatah lg jalan. G klinik kesihatan, masukkan air 2 bt0l. sampai la selasa aku berulang2 ke klinik, tiap2 ari 2 b0t0l air.. Lebam tangan kurus beta.. Nasib baik MA tu hensem dan berbudi pekerti yang mengg0da.

Then, d0cter amek darah, suspect denggi. Tp pekerja2 sek0lah sume kate campak...