Monday 28 October 2013

Akulah Murid Itu..


Dilahirkan dalam keluarga serba sederhana, membesar dengan penuh cita2 dan pengharapan..

Melihat keringat abah mencari rezeki, membuatkan aku tersentuh..  Gagah tulang 4 kerat dikerah mencari rezeki untuk kami spya besar nanti menjadi MANUSIA..  syukur Ya Allah, walau tidak berpendidikan tinggi, tapi ingin memberikan pendidikan tertinggi pada kami adik beradik.

Zaman persekolahan di isi dengan menjual sayur, menjual keropok, menjual asam,  itulah yang membangkitkan kekuatanku untuk terus berusaha menjadi lebih baik daripada semalam.

Teringat bagaimana aku menahan malu, tatkala nama dipanggil kedepan kerana masih tidak menjelaskan yuran persekolahan.  Hanya RM 20 hutangnya, dipanggil berkali2 ke depan.. berdirinya aku di hadapan rakan sebagai hukuman masih belum mampu menjelaskan hutang yuran. Apakah kau guru tidak tahu mahalnya nilai wang pada kami yang kurang berada? Hingga kini bakal bergelar pendidik, masih tak ku mengerti..


Apa salah menjual kacang di sekolah?

 Apa salah menjual telur puyuh rebus pada rakan sekelas?

 Apa salah jika kasutku terkoyak , dijahit dan terus dipakai?

 Apa jijik di pandangan matamu guru melihat seragamku di penuhi cat kesan PSV?

 Apa sukar kau menerima Buku latihan yang siap kerjanya tapi penuh tampalan sal0tape agar tidak terlerai?

 Apa salah jika aku hanya mampu menyediakan karipad dan teh panas buat rakan dan guru waktu kelas malam??

 Apa wajar ku tidak di benarkan mengambil gambar bersama rakan sekelas keran tak mampu membayar duet f0t0grafi??



Mulutku membisu, tak sekali ku ceritakan pada 0rang tua, pilunya hati se0rang murid yang cuma berusia 10 tahun ketika itu,,,,

Malu ku pada rakan diperlaku seperti insan tidak punya harga diri..

 Murid itu adalah aku, aku yang sekarang sudah hampir mencapai cita2 pertama..
Semua kerana pengalaman itu, yang membuatku tidak pernah menjejak kaki ke sekolah rendah selepas itu...

kerana mereka masih di situ, walau tidak memandangku seperti berbelas tahun dahulu, tapi kesannya masih disini, terpahat kukuh dalam hati..

terima kasih kerana mengajarku erti hidup, erti penghargaan, yang membakar semangat untuk terus melangkah jauh di hadapan.

No comments:

Post a Comment